Psikologi siaran TV perhimpunan mahafiraun bersama ITM
 
Ini berita terkini yang baru diterima dari unit PRO ITM.

Pihak RTM dan TV3 dijangka akan menyiarkan siaran langsung perhimpunan  mahafiraun bersama warga ITM, esok bermula jam 3.00 petang. kalau tidak jadi pun, mesti keluar tajuk utama berita.

Yang menariknya, kamera akan difokuskan kepada pelajar-pelajar (yang dipaksa hadir/kelas dibatalkan) dengan intipati kononnya pelajar-pelajar ini menyokong penuh kepimpinan mahafiraun.

Tujuan siaran ini adalah untuk menarik perhatian penduduk kampung dan juga mereka yang mungkin termakan umpan siaran ini, kononnya mahathir mengambil berat akan kepentingan ITM.

Ini adalah penting dalam usaha menarik pengundi yang bersimpati. JANGAN TERTIPU..beritahu orang kampung apa sebenarnya yang terjadi.

Disini diumumkan bahawa pelajar-pelajar tersebut bersama kakitangan adalah DIWAJIBKAN hadir untuk perhimpunan ini.
Para pelajar dikehendaki hadir dengan menaiki bas ITM dan juga yang disediakan oleh MARA Holding.

Turut bersama ialah kra-kira 2000 penyokong UMNO yang dibawa khas bagi memenuhi Stadium Malawati, Shah Alam.

Kehadiran kesemuanaya dijangka berjumlah 15,000. Tajuk utama akhbar dijangka esoknya ialah "15,000 hadir menyokong kepimpinan P*** M** hadir secara sukarela"

Buat para pelajar dan kakitangan, bawalah air dan makanan secukupnya, walkman juga buat penghibur hati..kerana perhimpunan ini dijangka tamat 8.00 malam. Pintu pagar akan dikunci sebaik sahaja program bermula..tak boleh lari.
saya..sorry nak datang...lari dulu..apa nak jadi jadilah...Kalau takut pada risiko..jangan cakap mengenai perjuangan..ANWAR IBRAHIM