Seloka PANDIR
 
Buat cikgu,
SHIT betul busuk lagi membusukkan.

Seloka PANDIR

UNTUK MENANG KALIAN CARI KAMI SAMPAI KE DAPUR
Mengemis undi mintakan simpati kerana kerusi.Busuk limbahan cerca
cemuhan mainan sasteria demi bangsa dan negara-(konon).
BILA BERKUASA SEMUA PROJEK HAMPA SUNGKUR
Sudah dikendung lagi dibendung,jatuh disaring cicir dijaring-(calat) Macam terlupa,
PERAHU SEBUAH dengan DAYUNG SEBILAH PENINGGALAN ANDEH,BARANG
PUSAKA KUASA BERTINDIH
Jarang dua kali susu tumpah atau selubang tikaman

Alhamdulillah,
Terpahat tikat dalam kalimat
Sumpah beralas setia terbatas
Kalau terus juga diikut
badan kurus kaki untut
anak beranak makan laktut
sikit berak banyak kentut
hampa cakap semuanya karut
lincah lahab macamlah belut
luar berbingkai dalam bersemerabut
Selamat tinggal Pejuang PERUT.
 

Cetusan rasa,
Mat Semelit
(Lubuk Etok)