NAJIB TUN AB RAZAK MESTI MENYEDIAKAN SEBUAH PULAU SEBESAR SEMENANJUNG
MALAYSIA UNTUK MENEMPATKAN GURU-GURU YANG MENENTANG KERAJAAN

Saya adalah seorang guru yang berasal dari Kelantan dan sekarang ditempatkan mengajar di Negeri Perak setelah terpedaya dengan program pengsiswazahan guru-guru bukan siswazah ( KDPK )yang dimomokkan sebagai satu program untuk
meningkatkan professionalisma guru oleh Menteri Pendidikan Mahazalim, Najib Tun  Ab. Razak.

Kini saya mengajar di sebuah sekolah menengah di Daerah Grik Perak dalam suasana yang amat membosankan. Apa tidaknya, tiap-tiap minggu ( kadang-kadang 2X seminggu ) terpaksa berulang alik ke Kelantan menunaikan tanggung jawab terhadap
keluarga.

Walau bagaimana pun satu pengalaman yang agak memberangsangkan saya perolehi di sini, di mana hampir kesemua 86 orang guru di sekolah ini adalah penentang kerajaan. Semasa perjalanan balik mingguan, kami guru-guru dari Kelantan yang mengajar di Perak akan singgah di sebuah kedai makan di Pekan Grik. Maka perkara yang dibincangkan ialah   mengenai  sikap guru-guru di sekolah masing. Rumusan yang dibuat ialah lebih 80% guru-guru di negeri perak ( rasa-rasanya di negeri lain pun
lebih kurang sama ) adalah penyokong BARISAN ALTERNATIF.

Berdasarkan fakta tersebut maka terpaksalah Najib menyediakan pulau sebesar Semenanjung Malaysia untuk menempatkan guru-guru yang menentang Kerajaan Barisan Nasional selaras dengan laungannya semasa Perhimpunan Agung UMNO baru-
baru ini.

GURU KE-RAK