Cadangan Sempena 2 September 1999

Assalamualaikum,

Kita semua tahu bahawa tarikh 2 September adalah merupakan tarikh bersejarah buat rakyat Malaysia kerana pada tarikh inilah seorang pejuang bangsa telah dipecat dari kerajaan yang zalim. Sempena memperingati tarikh tersebut, ada beberapa cadangan untuk rakyat Malaysia yang cintakan keadilan.  Dibawah adalah cadangan-cadangan yang harus kita semua praktikkan untuk menunjukkan sokongan terhadap perjuangan untuk menegakkan keadilan dan menumbangkan kezaliman.

1. Penuhkan masjid, perbanyakkan amalan soleh dan berdoa agar Allah kuatkan iman para pejuang keadilan.

2. . Pasangkan lampu kereta pada hari tersebut. Tujuannya ialah untuk menunjukkan secara simbolik bahawa rakyat Malaysia ingin keluar dari kegelapan (yakni kezaliman) dan ingin kembali kepada nur atau cahaya (yakni keadilan).

3. Hantarkan kad-kad Reformasi yang boleh didapati dihalaman Mahazalim kepada semua sahabat-handai serta Kementerian-Kementerian.  Kalau boleh, hantarkan kepada PM agar terbuka hati dia nak undur diri.

4. Kibarkan semua bendera, pelekat kereta atau apa-apa yang berkaitan dengan Barisan Alternatif.

5. Berikan sokongan moral kepada keluarga dan para peguambela DSAI dengan mengirimkan kad ucapan yang bersemangat serta kepada sesiapa yang ingin bersedekah, kunjungilah rumah beliau di Damansara.

6. Kalau boleh, jangan beli langsung suratkhabar untuk 1 hari itu sahaja.  Ini menunjukkan bahawa rakyat Malaysia tidak ingin bersekonglol dengan penipuan dan fitnah.

7. Jika bersiar-siar, pakai lencana atau ‘button badge’ parti-parti komponen Barisan Alternatif.

Begitulah beberapa cadangan yang harus kita praktikkan.  Jangan hanya bercakap atau melaungkan tentang reformasi akan tetapi haruslah ditunjukkan dengan perbuatan agar pihak tertentu sedar bahawa rakyat inginkan perubahan kepada keadilan.
 

Pencinta Kedamaian – ADIL4ALL