Penangguhan Kes Rahim Noor memang dah diagak pun....

Keputusan mahkamah untuk menangguhkan pendakwaan terhadap Rahim Noor sudah diduga dan tidak memeranjatkan sesiapapun. Apa yang mengejutkan mereka ialah bagaimana berita-berita dari internet menjadi kenyataan.

Berita bahawa pendakwaan terhadap Rahim Noor akan dilengah-lengahkan sehingga kemarahan rakyat reda atau sejuk dan Rahim Noor tidak akan dipenjarakan dan hanya akan disaman sekadar RM500/= sahaja sudah disiarkan didalam internet sebelum Sdr. Anwar dijatuhkan hukuman penjara lagi!!!!

Jadi Mahader dan kuncu-kuncunya jangan marah kepada rakyat kerana mempercayai berita-berita dari internet. Skrip perjalanan konspirasi jahat Mahader dan kuncu-kuncunya sudah diketahui umum. Sebab itu apa yang Mahader cakap tak boleh dipercayai kerana apa yang dia lakukan dan apa yang dia cakap berlawanan sama sekali.

Walaubagaimanapun Rahim dapatlah berselindung selagi Mahader berkuasa. Hilang kuasa Mahader tengoklah apa akan jadi pada Rahim Noor, Mohtar Abdullah, Augustine Paul, Wahab Patail, Gani Patail, Azhar, Musa Hassan, Rodwan, Soempornak and gang, Said Awang,Yunus dan para polis atasan dan bawahan yang terlibat yang masih berselindong, Azizan, Umi Hafilda, Khairuddin, Ibu Ayam Rastina dan para konspirator termasok Aziz Shamsuddin, Megat Junid, Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Daim, Abdullah Badawi, Ghaffar Baba, Ibrahim Al Katak dan lain-lain yang sama waktu dengannya....

Rakyat akan tuntut mereka semua dibawa ke pengadilan rakyat kerana mengkhianati perjuangan Bangsa, Negara dan Agama. Mereka-mereka inilah yang sebenarnya musuh rakyat, musuh negara, pengkhianat dan perompak negara. Ketua mereka tidak lain dan tidak bukan Pembohong muka selemba Mahader Isqandar Maha Kutty.

Untuk Rahim setakat tangguh kes bolehlah...Bila Mahader rasa dia dah tak berguna lagi hai tak tentu juga... Silap-silap disumbatnya dalam penjara juga. Baik Rahim bongkar kejahatan Mahader dahulu sebelum dia sumbat hang kemana-mana. Dengar-dengar cerita dia ada beri arahan supaya ditamatkan riwayat Sdr. Anwar. Kalau betul beritahu sahaja kebenarannya. Mungkin rakyat tak marah sangat dekat hang...

Dengar-dengar khabar semenjak balik dari negara-negara komunis yang menjadi anutan Mahader kesihatan tidak menentu. Teruk juga dengar khabarnya. Nak gembar-gembur berita ini kan nanti disuruhnya seluruh krew television mengambil gambar kononnya dia masih sihat dan segar. Kesian juga member-member dekat TV stesyen tu nak fokus gambar dari pelbagai angle supaya dapat  tunjuk yang dia tu masih bermaya. Tak apalah pasal kesihatan dia. Tunggu pilihanraya lagi seronok. Kalau dah sampai ajal tu lambat laung menungging juga. Para konspirator dan yang bersengkokol dengan dia tu bersiap-siaplah....cabut lari atau hadapi pengadilan rakyat...masa yang tinggal tak lama sangat lagi dah.... Mahader go atau pilihanraya go-go. 

Sekian.

Salam perjuangan dari Awang Siber