Pertanian Pulak???

UMNO khasnya seketika dulu merasakan Universiti Pertanian Malaysia sudah tidak molek dengan nama pertanian sebabnya negara menuju negara maju berlandaskan industri. Sewaktu UMNO/BN hendak mematikan Universiti Pertanian Malaysia dulu, pembangkang sudah mengingatkan UMNO/BN betapa pertanian tidak boleh dipandang sebelah mata saja. Tetapi dengan mendabik dada dan sombong, UMNO/BN mengatakan bahawa pembangkang ketinggalan dan menentang kemajuan. Tidak lama ianya berlalu, kesombongan UMNO/BN itu terserlahlah sekarang.

Selepas terhantuk UMNO/BN baru faham rupanya batu-bata yang dia bangunkan atas nama membangunkan negara industri tidak boleh dimakan untuk mengantikan hasil pertanian. Misalnya, demi MSC, Universiti Pertanian Malaysia dikorbankan. Di dalam jestifikasinya, seolah-olah manusia di Malaysia tak boleh hidup dengan pertanian tetapi mesti berubah kepada industri multimedia. Lupa langsung komputer itu diperbuat dari besi,plastik dan pasir(silicon). Tak ada seorang pun boleh hidup dengan makan komputer. Orang kerja dengan komputer pun kena makan beras juga.

Hari ini Mahathir melancarkan hari petani dan nelayan peringkat Kebangsaan. Dia bercakap pula bahawa nak jadikan pertanian sebagai komoditi utama pula. Kenapa sekarang nak pertanian pulak?. Biarkan semua rakyat makan komputer dan batu-bata yang banyak dibangunkan itu?. Adakah Mahathir ingat ucapan dia itu amat bertentangan dengan ucapan dia sewaktu merasmikan kematian Universiti Pertanian malaysia satu masa dulu?.

Dalam keadaan dia yang menipu hidup-hidup semua pegawai JPM bahawa Mahligai dia adalah hanya RM17 Juta, maka dia kata nak memartabatkan semula pertanian adalah payah untuk dipercayai, walaupun apa yang dia katakan itu betul. Dikhuatiri ucapannya itu serupa juga dengan kata-kata Ibrahim Ali nak adakan majalah UMNO sebagai wadah parti kononya nak lawan HARAKAh, sampai sekarang tak ada pun?. Mungkin ucapan dia serupa dengan kata-kata Rafidah Aziz 1995 dulu dia dan wanita UMNO nak jelajah Malaysia nak dakwah kepada rakyat bahawa PAS sesat.Tetapi sampai sekarang bukan orang tahu PAS itu betul, tetapi semakin tertera bahawa merekalah yang sesat.

Boleh dikatakan 10 tahun ini saja UMNO/BN mabuk dengan kemajuan industri bukan pertanian. Bahkan Ghaffar Baba memperkenalkan kelapa bali(sawit) kepada Indonesia, mereka melabur di sana. Ini menunjukkan pertanian malaysia tak nak, Padi pun menerima nasib yang sama, korporat lebih suka melabur di luar negara khasnya di Afrika, mereka melabur di sana. Petani di malaysia?. Bagi merek pertanian tidak penting di Malaysia. Orang malaysia khasnya orang UMNO/BN tak makan nasi, mereka makan komputer dan simen saja.

Dasar memajukan negara dengan meremehkan sektor pertanian adalah dasar padan muka UMNO/BN. Kebanyankan dasar yang difikir UMNO dulunya sekarang ini menjadi dasar padan muka belaka. Ambilah sebagai contoh, dasar pandang ke timur- Jepun. Nak suruh rakyat rajin macam jepun, tetapi ambik Bangla dengan Indon jugak?. Lalu direndahkan melayu bahawa mereka ini malas dan terpaksa import pekerja. Sebenarnya dulu rakyat tak perasan, kemasukkan luar biasa pekerja asing ke Malaysia sebenarnya melecehkan orang tempatan. Bagi UMNO/BN rakyat tempatan meyusahkan mereka sebabnya rakyat tempatan tahu undang-undang dan hak mereka sebagai pekerja, pekerja asing tidak tahu semua itu, sebab itulah mereka dijadikans seperti ‘binatang’ oleh toke-toke mereka. Pembunuhan ditapak projek sangat banyak. Kenapa?.

Kalau nak kata Jepun negara maju lalu boleh dijadikan model?. Jepun memang negara maju tetapi rakyatnya miskin. Mungkin kata orang ini cerita dongeng. Realitinya Jepun yang kaya raya pun bila datang sini mereka suka sebab mereka boleh makan sayur dan lauk-pauk dengan murah sebab di sana semua itu adalah mahal. Itu sebagai perbandingan. Apa guna negara maju, tetapi barang-barang semua mahal dan tidak terbeli?.

Memang manis ucapan Mahathir itu, mengajak rakyat supaya berjasa kepada tanah dan laut. Namun, apakah yang sudah Mahathir arahkan supaya harga sayur dan ikan-ikan dipasar-pasarkan dikurangkan?. Adakah Mahathir tahu bahawa kembung sekilo sekarang berbelas ringgit di Kertih dan di Kuala Terengganu?. Adakah Mahathir tahu di dalam Pasar Khadijah di Kota Bharu ialah contoh terbaik untuk memperkatakan sektor perniagaan tani?. Kepada sesiapa yang pernah ke Kota Bharu, adakah ada pasar-pasar besar lain selain di Kota Bharu yang mana berbagai jenis sayuran dengan harga yang murah?. Hatta di Pasar Borong selayang sebagai pusat di Negeri semaju KL dan Selangor pun tidak terbanding?.

Adakah Mahathir tahu bahawa penyangak bukan saja ada diluar Malaysia, tetapi kebanyakan yang rapat dengan mu itulah penyangak yang sebenarnya sehinggakan barang-barang keperluan makanan naik dengan tidak mampu di kawal walaupun oleh seorang yang berkuasa seperti Mahathir. Ada orang kagum dengan langkah berani menjatuhkan DSAI di dalam UMNO, tetapi sebenarnya Mahathir tidak mampu membantu mengurangkan beban rakyat dengan meminta penyangak disampingnya jangan pelahap sangat.

Setakat ini adakah langkah yang dilakukan UMNO/BN untuk mengurangkan harga barangan berjaya?. Dengan tegas tidak!. Harga barangan keperluan semakin naik, susu tepung, ayam  terlalu mahal. Mahal macamana pun, rakyat akan beli kerana itu adalah makanan. Jangan diharap kepada Hamdan Adnan saja yang tegur kerajaan dan jangan nak tunggu semua rakyat faham erti kepengunaan baru semuanya boleh dikawal, tetapi kerajaan dulu kena jalankan program supaya jual bahan makanan murah. Jangan lancar inflasi sifar saja, sebabnya dengan adanya label inflasi sifar dan pelekat kedai harga patut pun, barang berkenaan mahal dari kedai lain yang tak ada pelekat kedai harga patut. Kenapa dalam hal ini menteri seolah-olah jadi bodoh dan tidak ada kuasa?.

Jika membeli di Pasar Khadijah, kita bukan saja mendapat timbangan yang betul, harga murah, tetapi ada bahagian dari penjual untuk disedekahkan kepada pembeli. Memang mereka di ajar dan di asuh supaya memberi sedekah dengan cara melebihkan timbangan, kerana melebihkan timbangan itu ialah habuan yang tak boleh dirasa ketika kaya berniaga, tetapi lebihan timbangan itu adalah habuan selepas mati. Adakah UMNO/BN ajar kaedah begini?. Mati idup balik pun mereka akan kata kaedah itu tidak praktikal. Adakah terdapat ditempat-tempat lain orang menjalankan perniagaan demikian?. Kalau ada pun susah. Hatta Cina yang berniaga di Kelantan pun faham kaedah ini.

Tidak heranlah, tak keterlaluan dikatakan bahawa Kelantan sudah lama melakukan reformasi. Hakikat ini mesti diterima dengan hati terbuka. Mungkin disebabkan rakyat ramai di sana makan dari perniagaan yang menggunakan dacing penipu, maka rezeki mereka diredhai dan darah-darah yang menhalir dari hasil halal adalah menjamin kecerdasan otak berfikir dengan baik, dalam erti kata boleh membezakan antara yang hak dengan yang bathil. Cuma memang tidak dapat lari ada segolongan manusia di sana yang mungkin memakan hasil dari timbanangan dacing yang senget dan tidak ditentukurkan, maka hati mereka gelap dan buta tak nampak untuk membezakan antara kebenaran dengan kepalsuan, misalnya Ibrahim Ali dan Tengku Razaleigh dan kuncu-kuncunya.

Lancarlah sebanyak mana program pun, kalau rakyat tidak dididik untuk mengamalkan kaedah seperti tadi, maka selagi itulah kebajikan rakyat akan hilang dan kerajaan yang ada pula tidak membela mereka.

Sekian

muramozi