Kuala Selangor DiHujani Projek Panas
 
Pernah dengar projek panas...???

PM nak datang pada 13,14 September ini sempena SUKSES dan himpunan rakyat yang akan dibuat diStadium PANAS Kuala Selangor (sebab baru siap...) Oleh kerana nak mengampu PMnya yang tersayang MB kita sanggup meluluskan
projek-projek yang tidak masuk akal ke uala Selangor dengan kos pembikinan yang tidak munasabah dan dibuat secara Adhoc semata-mata untuk PM siang dan malam...Disenaraikan dibawah projek yang tengah dibuat

1) Stadium Kuala Selangor Kos tak tahu berapa juta??
2) Kompleks Sukan beserta satu stadium tertutup...
3) Sebuah dataran ditepi sungai kuala selangor (tiada papan tanda projek seperti kebiasaannya)
4) Jalan 2 hala dari stadium kejalan besar...(kontrak yang telah disubkan kepada beberapa kontrakter.)
5) Rumah rehat bukit Belimbing (macam resort..) entah berapa juta??
6) Membaik pulih balai polis lama dijadikan hotel/penginapan (motel)
7) Universiti Industri Selangor - Projek berjalan- masih diperingkat sebutharga pembekalan dan kontrak.
8) Melebarkan jalan dan menurap semua jalan kampung walau tiada penduduk ditempat berkenaan. (cuma menampakkan kemajuan..)
9) Dewan Baru UMNO...projek yang tergendala hampir 6 tahun tiba-tiba muncul dan dibuat secara tergesa-gesa. Rupa bentuk yang menyerupai GEREJA bentuk V terbalik.

Ini adalah antara projek yang giat dijalankan...Insyaallah satu hari nanti saya akan memberi gambarnya sekali ...

Akhir sekali diKuala Selangor orang no 3 UMNO bahagian kuala selangor telah membeli sebuah supermarket dari seorang taukey cina  dengan harga lebih RM400,000, saya jangkakan ia tidak akan tahan lama memandangkan orang PAS tidak akan memasuki supermarket itu lagi memandangkan kelantangan beliau bersuara dan dikatakan beliau banyak menggunakan duit semasa pemilihan dan untuk mendapatkan jawatan di bahagian. Beliau dan keluarga beliau juga ramai yang jutawan kerana ada perniagaan di tg Karang menjual kereta  di Klang kereta mewah (2 kedai) di Johor...Ahli perniagaan ini yang dikatakan juga
tidak tinggi kelulusan akademiknya..takat SRP sahaja katanya...juga memiliki sebuah rumah diround about seksyen 2 shah alam dekat wet world...dan gemar mamakai plet kereta no 4. dan hobi beliau membawa nama-nama aktivis pas kemesyuarat bahagian agar dapat dipulau dan dikenakan tekanan serta sekatan ekonomi.

Banyak lagi isu Kuala Selangor yang saya ingin bawa tetapi saya tunggu dekat pilihanraya nanti kalau sempat.
Termasuk
1) Tanah Bukit Cherakah yang dibatalkan pembelian (sebahagiannya..)
2) Isu YB dan tanah orang kampung diIjok
3) Isu YB dan bakal Istananya ditepi pantai.
4) Banyak isu membabitkan tanah dan menyembunyikan fakta.
5) Isu kuil India dan tanah perkuburan islam
6) Isu kroni.
7) Kenapa seorang YB digugurkan dari senarai calon.

Saya tidak bermaksud membuat tuduhan sekadar menimbulkan isu untuk disiasat jika benar maka benarlah..jika tidak nafikanlah. Ape nak takut kalaukita tak buat.Macam kes merosakkan bendera PAS diteluk penyamun...kami mengesyaki
orang UMNO tapi siapa ahli UMNO tak buat jangan gelabah....siap langkah terperangkap.Kes lain Orang UMNO kelam kabut dengan berita yang dibawa orang SB mereka yang tak tahu buat kerja...jadi mereka gelabah dan gabra tak tentu
hala... terimalah hakikat bahawa rakyat dah CELIK bukan banggang!!!!

Lagi Satu Senario Di Kuala Selangor ...
Cerita benar..(kalau ada gambar best ni..) Mana ada ditempat lain... Seorang India tolong pegang tangga yang digunakan oleh pemuda PAS untuk memasang bendera. Itu hakikatnya..bahawa orang India di Kuala Selangor telah menyokong PAS secara terbuka tanpa segan silu. Malah ketika kami memasang bendera ditepi jalan kereta yang lalu lalang membunyikan hon berkali
kali  tanda sokongan..termasuk India cina , pemandu treller, traktor, dll yang lalu.

Wahai pemimipin yang ada tidak guna..nak lawan lagi...kalau tak silap boleh hilang wang pertaruhan. Jika sekarang ini 50:50 belum tentu PAS tidak boleh menang...atau alternatif tak menang kerana mereka tidak mengira bahawa orang yang menyokong
mereka  itupun akan memangkah alternatif kelak. ini kata orang kuat kerajaan ...jawatan tinggi kelas A lagi...

Kami sokong tetap sokong tapi bila ngundi tahu kami pangkah mana... itu pendirian mereka ..malah saya bagi statistik yang saya buat sendiri semasa temu bual dengan yang terlibat.
1) Pejabat Kerajaan/Tanah/Daerah 80% Sokong Alternatif
2) Hospital /Klinik Kerajaan /Doktor/Nurse/dll 85%
3) Kerajaan Tempatan 80%
4) Pejabat Agama 90% (Kadi orang UMNO tau...takut tak sah akad nikah kan susah nanti....)
5) Sekolah-sekolah 99.9%
6) Usahawan bukan kroni 100%
7) Usahawan kroni 70%
8) Orang kampung Tg karang 90% KS 80%
9) Student IPTA/IPTS 99.9%
10) Bangang!!! 100000000% sokong UMNO.

Kalau tak percaya ..saya percaya..sebab beberapa kali mereka buat  kajiselidik jawapannya tetap sama. Sebab itu PM tak berani bagi tarikh mengundi..he he he...

Salam reformasi
Berjumpa lagi...