Mahathir Balik Tangan Kosong

Harapan Mahathir  untuk membuat kejutan sekembalinya dari Cina meleset. Dari awal lagi pemimpin Negeri Cina telah memberi tanda negatif terhadap lawatan beliau kesana. Walaupun Mahathir memberi pelbagai isyarat kepada Cina agar beliau diberi sambutan positif tetapi Pemimpin Negeri Cina memberi isyarat balas dengan "Bo Layan'.

Mahathir beria-ia mengiktiraf tuntutan Cina terhadap Kepulauan Spratly hingga sanggup membelakangi perjanjian setiakawan dengan negara-negara Asean yang lain terutamanya Filipina. Harapan Mahathir agar Cina beli gas dari Malaysia. Setelah bermusuh dengan sahabat dari Asean, Cina batal hasratnya membeli gas dari Malaysia dan sebaliknya membeli dari Negara yang benci kepada Mahathir iaitu Australia. Terkebil-kebil Mahathir dibuat oleh Cina.

Untuk mengabui mata rakyat maka Mahathir buat decoy kononnya  melawat Russia untuk mencari peluang perniagaan untuk Malaysia sedangkan Russia pada waktu itu sedang membunuh umat Islam di Dagestan. Russia mengambil peluang dari  lawatan Mahathir itu untuk meng'endorse' tindakan mereka terhadap umat Islam. Maka Mahathir pun ada juga sahamnya dalam pembunuhan umat Islam diRussia.

Semasa di Negeri Cina para peniaga keturunan Cina yang mengiringi Mahathir membuat agenda yang tersendiri dan dengar khabarnya mengadakan 'special dinner' dengan pimpinan Negeri Cina. Mereka bertukar-tukar pendapat mengenai apa yang berlaku diMalaysia dan kebanyakannya tidak setuju dengan tindakan Mahathir terhadap Sdr. Anwar. Peniaga Melayu hanya tunggu di hotel sahaja sehingga Mahathir menjemput mereka kemana-mana program yang sudah diatur oleh Wisma Putra.

Semasa jamuan rasmi yang diberikan kepada Mahathir, dengar ceritanya Mahathir diperli sakan oleh Jeng Zemin. Katanya Mahathir mempunyai kekuatan tersendiri dan tidak memerlukan bantuan dari Cina. Lagi pun Cina mempunyai masaalah dalaman yang lebih besar dari Malaysia. Jadi beliau tidak nampak apa-apa bantuan yang boleh dihulurkan kepada Malaysia. Juga bukanlah secara tradisi Perdana Menteri Malaysia melawat Cina sebelum menjelang pilihanraya melainkan ada udang disebalik batu. Merah pedam muka Mahathir.

Sekembalinya ke Malaysia maka Mahathir pun mengumumkan bahawa beliau tidak beniat menggunakan lawatan ke Cina sebagai agenda politiknya. Dia ingat rakyat boleh terus diperbodohkan. Nak lepas geram malunya kepada pemimpin Negeri Cina maka dia pun naik lalak terus mengumumkan ITM jadi Universiti tanpa mendapat kelulusan dari Parlimen atau dibahaskan dimana-mana. Oleh kerana Parlimen hak bapak dia punya maka dibuat ikut suka hati dia saja. Itu lah dia Mahathir yang selalu guna otak dari kepala lutut. Menggelabah Najib dibuatnya. Sebenarnya pengumuman Mahathir itu tak ikut undang-undang!!!!

Harapan nak cari undi masyarakat Cina terbang. Undi orang Melayu sah tak dapat dah walaupun mengumumkan ITM jadi Universiti sekali pun.

Begitulah huru-haranya Malaysia dibuatnya. Apa-apa keputusan tak perlu dirujuk kepada sesiapa pun. Ikut kepala lutut dia aja.

wassallam.

Salam Perjuangan dari Awang Siber