BESAR PUNYA SILAP!


Dalam keghairahan memujuk semula hati Melayu yang telah di conteng arang oleh Piem dengan tohmahan pelajar Melayu malas belajar, pendidik Melayu tak kenang budi dan banyak lagi maka terpacullah kata2 hikmat yang membuatkan Najib terkedu tak terkata sepatah haram!

Dalam nada separa sedar, Piem telah mengumumkan "Institut Teknologi Malaysia... eh! Institut Teknologi Malaya.. ehh.. isshh.. isshhh... (sambil menggaru kepala sampai bersepai rambut yang telah disisip kemas).... Institut Teknologi eehhh isshhh...".

Maka di laung sekuat hati oleh pelajar yang majoritinya pelajar tahun satu, "MARAAAA..", maka berhentilah Piem dari garuannya dan bersambunglah ia, "...haaa, Institut Teknologi Mara kepada Universiti Teknologi Mara!". Dan diikuti dengan gegak gempita tepukan penjilat2 kehormat dan deraian gelak ketawa para pelajar yang kelucu-lucuan melihat gelagat si tua yang seakan-akan nyanyuk menggaru kepala ibarat maskot wira mendapat medal pisang emas!

Dan di sinilah kesilapan yang maha besar bermula! Selama ini orang Cina percaya pada Piem, sanjung Piem, sayang Piem, puji Piem, tapi dengan pengumuman tersebut seolah-olah Piem menyepak-terajang sanjungan mereka! Piem telah menafikan kepercayaan mereka kepada Piem sendiri!

Malang.... terlajak kereta boleh reverse, terlajak pertuduhan boleh pinda tarikh, TERNYANYUK KATA MAKA PADAH LAH AKIBATNYA...!!!

Semoga Piem akan sedar, manusia boleh merancang - namun ALLAH lah sebaik-baik perancang!!! ...mmmmm Piem akan sedar??? mustahil, tapi segalanya berkemungkinan di tangan ALLAH!

Kepada rakan2 pejuang ISLAH yang mahukan Negara Islam! yang menegakkan keadilan! yang mahukan pemerintahan yang Amal Maaruf Nahi Mungkar! Besyukurlah dan teruskan kerja gigih kita, dan ingat - ALLAH BERSAMA KITA!!!
 

Allahuakbar!!!
Allahuakbar!!!
Allahuakbar!!!
 

- Kajol Khan