PERHATIAN UNTUK RAKYAT KELANTAN
 
Saya telah diberitahu oleh seorang bekas ahli Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan sezaman dengan Tengku Ahmad Rethaudeen bahawa perhimpunan yang bakal berlangsung pada 31hb Ogos ini mempunyai tujuan yang tersirat. Beliau berkata hanya Ku Li dan Ibrahim Ali sahaja yang tahu apa yang mereka akan lakukan. Beliau bercerita kepada saya bahawa kepakaran Ibrahim Ali dalam menjatuhkan PAS pada tahun 1978 dahulu akan digunakan semula. Saya telah bertanya kepada beliau, adakah kacau bilau akan berlaku. Beliau berkata kemungkinan besar sekiranya jumlah orang yang hadir ramai iaitu melebihi 20 ribu orang. Kata beliau lagi, pemuda-pemuda yang menyokong UMNO akan lakukan apa saja arahan dari
Ibrahim Ali dan jaminan bahawa mereka akan dijamin sekiranya ditangkap telah dibuat oleh Ibrahim Ali.

Berdasarkan apa yang di beritahu oleh bekas ahli Perhubungan UMNO itu, suka saya berpesan supaya:

1. Kepada ibubapa jangan biarkan anak-anak keluar ke Kota Bharu pada hari tersebut.

2. Kepada para peniaga kalau boleh tolong balik awal atau tak payah berniaga pada hari tersebut.

3. Pastikan pintu-pintu kedai berkunci rapi.

4. Orang-orang tua dan wanita dinasihatkan tak payah hadir dibimbangi berlaku apa-apa yang tidak baik ke atas mereka.

Kepada semua rakyat Kelantan, berdoalah mudah-mudahan perhimpunan tersebut tidak akan mendatangkan mudharat kepada kita semua. Pastikan anak-anak kita tidak terlibat demi keselamatan mereka. Jauhilah dari kawasan perhimpunan.

Saya ucapkan terima kasih kepada bekas ahli perhubungan UMNO itu kerana sumbangan besarnya ini. Saya mintak maaf kerana tak tau nak menulis dengan cara yang baik. Inipun anak saya yang tolong saya. Sekian.

Anak Kelantan