Politik Cencurut - Hishamudin dan Zahid

Teringat aku pesan Lilin Tak Membakar Diri bila aku tanya pasal dua hamba Allah - Hishamudin dan Zahid: -  Zahid boleh tahan jugalah tapi anak Bapa Malaysia tu tak pernah tetap.

Tapi apa-apa pun, aku masih ingat lagi. Begitu segar dalam ingatan:

Hishamudin dulu janji tidak akan melibatkan diri dalam politik. Entah alasan apa - kambing hitam disembelih sebagai pemusnah sumpah dan kembali berpolitik. Nama Bapa jadi sandaran. Perjuangan amanah tanpa kepentingan diri katanya .. perlu diteruskan. Hishamudin cakap berdegar-degar tetapi kerapkali kecut perut untuk berterus terang. Sering terundur-undur dan
tertolak-tolak. Memang kurang prinsip. Ahmad Zahid pula berikrar setia disaksi keluarga dan bonda tercinta, perjuangan akan tetap diteruskan.. berundur tidak sekali Demi Allah, Bangsa dan Negara.  DSAI tika itu bangga sekali punya sahabat seperti Zahid. Namun jelas sekali kedua-duanya umpama cencurut. Kucing nampak pun memandang sepi. Nak makan tidak sedap. Nak halau asyik sembunyi-sembunyi diri. Sudahlah bersifat  merosakkan, najisnya pula besar dan berbau dahsyat sekali. Nak cuci pun sukar… melekat, keras dan perlu dicuci berulangkali umpama perlu disamak dari najis berat.

Hari ini aku kembali baca… Zahid kata akan terus bersama BN, bukan perjuangan seorang (terus teranglah Zahid) demi Ugama, Bangsa dan Negara. Kata beliau.. Ini adalah Prinsip Saya. Kalau lihat rumah/istananya..kereta-kereta dengan angka 38 berderet; dan bacaan ikrar Zahid (selepas Perhimpunan Agung UMNO).. mengakui DSAI yang meminta isu kronisme dan nepotisme.. jelas tergambar betapa cencurutnya anak Melayu ini. Demi Ugama, Bangsa dan Negara sudah tidak timbul lagi.. yang ada hanyalah taat setia kepada sang ketua yang jelas diyakini lebih berkuasa berupaya membantu beliau yang berkepentingan Demi Takhta, Harta dan Kereta.  Zahid oh Zahid.. cakap berbelit-belit ini kekadang jatuh jadi munafik.

Aku sama seperti DSAI.. dua hamba Allah ini pasti akan berbicara berbeza-beza. Ikut musim dan suasana. Kalau BN menang.. harapan masih nak menjawat dalam kabinet. Kalau DSAI kembali… pastinya mereka akan berkata… "Apa yang kami lakukan adalah sebagai helah sahaja. Sokongan kami tetap bersama-sama DSAI". Hishamudin dan Zahid kini tak ubah seperti Putra Ibrahim Katak (gedeg-gedeg krokk)… cencurut yang semakin tidak sesiapa pun peduli.

Dalam kes Zahid dan Hishamudin ini, teringat aku Guan Eng. Subhanallah!!!!. Beliau dibebaskan lebih awal kerana "berkelakuan baik". Pelik tapi benar. Melindung anak Melayu yang diperkosa Melayu.. adalah menjadi kesalahan (bukan perkara yang baik). Apapun persepsi masyarakat tentang anak setiausaha DAP ini, aku kagum melihat prinsip beliau yang jauh lebih tegap dan kuat dari dua tokoh politik cencurut yang seagama dan sebangsaku sendiri.

Hamba allah - rebung semantan 99

Nota: Pantun Pak Lebai di Perak

a. Dulu dalam barisan kini masuk bulatan
b. Dulu buat titi
Sekarang buat jalan
Dulu pangkah kati (dacing)
Kini pangkah bulatan