Ujudkan Kumpulan Pendesak Dengan Segera

Penentangan rakyat Malaysia setakat ini belum lagi menjadi pendesak kepada kerajaan untuk lebih berhati-hati dengan tindak-tanduk mereka.

Umum mengetahui bahawa kegawatan ekonomi masih bermaharaja lela, namun kerajaan masih dengan sikap angkuh meneruskan projek-projek mega dan megah, pengswastaan, kepentingan suku-sakat dan sahabat-sahabat, rasuah, salahguna kuasa dan banyak lagi yang mana kepentingan dan keuntungannya kepada rakyat terbanyak boleh dipertikaikan.

Umumnya juga mengetahui bahawa ceramah diserata ceruk rantau Malaysia telah dan akan di buat oleh Parti Alternatif bagi menghebahkan maklumat terkini sebagai wadah perjuangan. Namun perhimpunan demi perhimpunan masih tidak membuahkan hasil yang diharapkan. Laungan demi laungan masih tidak didengari oleh pemerintah.

Dengan ini parti pembangkang, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan baik diperingkat daerah mahupun diperingkat negeri atau peringkat nasional perlu mengambil langkah yang lebih pro-aktif lagi drastik untuk bertindak sebagai kumpulan pendesak kepada kerajaan yang ada sekarang. Apakah langkah-langkah yang boleh di satukan demi untuk menundukan kerajaan sekarang?. Kuasa rakyat semasa pilihanraya boleh ditidakkan jika tektik kotor UMNO dalam piliharan raya menjadi kenyataan. Rancangan kotor sudah banyak yang berlaku dan akan terus berlaku sepertimana yang sudah dirancangkan oleh agen perang saraf UMNO. Maka kita tidak perlu lagi menunggu pilihanraya (tarikh pun masih dicongak), akan tetapi Kumpulan Pendesak ini tidak perlu menunggu apa-apa tarikh sebaliknya segala tindakan amat perlu disegerakan.

Parti pembangkang dan NGO’s boleh bertindak sebagai agensi penggerak untuk menggerakan tindakan mendesak. Salah satu daripada cara  yang amat berkesan adalah mengumpulkan petisyen-petisyen untuk setiap perkara yang diperjuangkan. Usaha mendapatkan tandatangan seberapa banyak yang boleh dari semua lapisan masyarakat, Pertubuhan-pertubuhan, Parti-parti politik, NGO’s, PIBG’s, Persatuan-persatuan, Kelab-kelab, individu-individu yang berpengaruh dan sebagainya perlu digembelingkan bersama secara bersistematik lagi bersepadu dan kemudian petisyen-petisyen mengikut kes-kes, peringkat demi peringkat perlu dibawa kepada perhatian Parlimen atau pada mana saluran yang munasabah. Kumpulan pendesak juga perlu mendesak kerajaan supaya kerajaan memberikan perhatian segera. Dengan ini harapan rakyat untuk menumbangkan pemerintahan tidak semestinya melalui pilihanraya sahaja.

Saya percaya jika terujudnya kumpulan pendesak secara konsisten lagi berterusan (sepertimana tektik DSAI-pendedahan dokumen satu persatau) sekurang-kurangnya pemerintah tidak akan sewenang-wenangnya melakukan apa saja tanpa mengambil kira kepentingan rakyat terbanyak.

Hidup Altenatif, Kuburkan BN.