SIAPAKAH WIRA  NEGARA  SEBENAR !!!

Sdr-Sdr ku marilah kita lihat dan teliti siapakah yang seharusnya digelar Wira Negara, dan apakah sebenarnya kriteria yang boleh menjadikan seorang itu seorang Wira kepada Negara Malaysia.

Adakah ?

1. Membela nasib rakyat, menegakkan keadilan, mendedahkan penyelewengan dan rasuah, menghapuskan unsur-unsur kronisma dan nepotisma serta menentang kezaliman, seperti DSAI, Lim Guan Eng dan rakan-rakan. atau

2. Menentang dan menghapuskan ancaman/pengaruh kominis dari memerintah negara, oleh anggota tentera dan polis, atau

3. Berjaya menghapuskan jenayah dan mengekalkan keamanan dalam negera, oleh polis dan pasukan keselamatan yang lain, atau

4. Berjaya membina projek-projek mega seprti KLCC, Putrajaya, Cyberjaya, F 1 Circuit, Stadium Bukit Jalil, Sistem Transit Aliran Ringan, Lebuhraya Bertol, Jambatan Pulau Pinang (berbayar), Bakun dan KLIA oleh pemerintah, atau

5. Berjaya mengelilingi dunia dengan kapal tak sampai 2 bulan, dengan menggunakan wang negara yang diambil dari rakyat yang tidak memberi apa-apa keuntungan kepada rakyat dan negara, atau

6. Berjaya terjun di Kutub Utara dengan menggunakan wang negara yang juga diambil dari rakyat, juga tidak memberi apa-apa keuntungan kepada rakyat dan negara, atau

7. Berjaya menaikkan nama Malaysia di dunia, atau

8. Berjaya memburukkan nama Malaysia di keseluruh cakerawala.
 

1,2 dan 3 nampaknya lebih releven untuk digelar Wira manakala 4,5,6,7 dan 8 kurang relevan untuk degelar Wira kerana kejayaan mereka tidak memberi sebarang keuntungan kepada rakyat dan negara.

MP